KELEMAHAN PETA MINDA
Peta minda sebenarnya mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding kelemehannya. Oleh yang demikian, peta minda juga mempunyai sedikit kelemahan yang menyebabkan para pelajar perlu memberi perhatian terhadap pengaplikasiannya dalam pelajaran.
MENGGUNAKAN BAHASA-BAHASA SINGKATAN
Para pelajar perlu
berhati-hati ketika menyediakan peta minda. Hal ini kerana, para pelajar gemar
menggunakan bahasa-bahasa singkatan dalam membuat nota menggunakan peta minda.
Sebagai contohnya, perkataan "meminjam" ditulis dengan "mmnjm". Ini akan menyukarkan diri sendiri untuk mengulang kaji pelajaran kerana bahasa
dan perkataan yang ditulis sukar difahami. Tambahan pula, ini akan merumitkan para pelajar itu sendiri untuk membaca nota tersebut. Oleh itu, para pelajar
yang menggunakan peta minda untuk membuat nota perlu memastikan bahasa-bahasa
yang digunakan mudah untuk difahami dan senang untuk dibaca.
KATA KUNCI YANG TIDAK SESUAI
Seterusnya, para pelajar tidak dapat
menggunakan kata kunci yang sesuai dalam membuat nota menggunakan peta minda.
Ini menyebabkan mereka sukar untuk menghafal dan mengingati fakta-fakta yang
ditulis dalam peta minda. Malahan, mereka tidak dapat menguasai topik tersebut kerana
tidak dapat menghafal kata kuncinya dengan baik. Justeru itu, para pelajar
perlu memastikan kata kunci yang dibina bersesuaian dan mudah untuk dihafal agar
peta minda yang dibuat dapat memberikan impak yang baik dalam pembelajaran. Bahkan, para pelajar
juga boleh mendapatkan bimbingan daripada guru-guru berkenaan kata kunci yang
digunakan agar dapat menangani kelemahan ini.
TIADA HURAIAN YANG JELAS
Selain itu, peta minda juga memberi
sedikit kelemahan kerana tiada huraian yang jelas berkenaan
sesuatu fakta tersebut. Ini akan menyebabkan pelajar hanya menghafal dan
memahami konsep tanpa huraiannya. Tambahan pula, kebanyakan pelajar menggunakan
peta minda dengan menulis bentuk-bentuk singkatan dan bukan dalam bentuk
huraian. Ini akan menyukarkan mereka untuk menghurai sesuatu fakta tersebut
dengan baik ketika dalam peperiksaan bagi soalan-soalan esei khususnya. Oleh
yang demikian, para pelajar perlu membuat dan membina peta minda bagi sesuatu
topik mengikut kefahaman dan tahap pemikiran masing-masing agar tidak
menghadapi masalah ketika mengulang kaji pelajaran menggunakan peta
minda tersebut.
No comments:
Post a Comment