Peta minda banyak memberikan kelebihan-kelebihan kepada para pelajar dalam proses pembelajaran. Tidak dapat
dinafikan bahawa peta minda banyak membantu para pelajar dalam memperoleh
keputusan cemerlang dalam peperiksaan kerana ianya dapat memudahkan para
pelajar untuk belajar secara sistematik. Kebanyakkan pelajar cemerlang
menggunakan peta minda untuk membuat nota dalam pembelajaran kerana ianya
ringkas dan padat. Oleh itu, terdapat banyak kepentingan yang diperoleh melalui pengaplikasian peta minda dalam proses pembelajaran.
MENINGKATKAN DAYA INGATAN PARA PELAJAR
Pertama, peta minda memberi kelebihan kepada
para pelajar kerana dapat meningkatkan daya ingatan pelajar ketika proses
pembelajaran. Hal ini kerana peta minda yang dibuat menggunakan anak panah,
warna-warna yang pelbagai dan kod-kod atau dikenali dengan akronim yang
istimewa untuk memudahkan penghafalan pelajar terhadap sesuatu fakta dalam
pembelajaran. Malahan, hubungan sesuatu fakta mudah dikenalpasti kerana
dilengkapi dengan simbol, rajah, dan warna-warna yang menarik.
MEMENDEKKAN MASA MENGULANG KAJI PELAJARAN
Selain itu, alat berfikir ini mampu
memberi kesan kepada para pelajar dari segi masa mengulang kaji. Hal ini
kerana, pelajar hanya perlu membaca nota yang telah dibuat dalam peta minda dan
tidak perlu membaca buku yang mempunyai karangan yang panjang untuk mengulang
kaji pelajaran. Ini dapat menjimatkan masa ulangkaji kepada para pelajar itu
sendiri. Sebagai contohnya, topik yang panjang boleh diringkaskan menjadi satu
mukasurat dengan mengaplikasi peta minda dalam membuat nota. Malahan, peta
minda penting ketika musim peperiksaan agar masa pelajar tidak terbuang dengan
membaca karangan atau nota yang panjang pada buku-buku teks khusunya.
MEMUDAHKAN PEMAHAMAN
Seterusnya, peta minda membantu dan
memberi kesan kepada pelajar kerana ianya memudahkan pemahaman kepada para
pelajar berkenaan sesuatu topik yang dipelajari. Melalui peta minda ini juga
para pelajar dapat memnguasai sesuatu tajuk dengan baik dan secara mendalam.
Hal ini kerana peta minda hanya menggunakan satu kunci dan memberikan cabang
pemahaman yang lebih mudah maksudnya untuk difahami. Malahan, para pendidik
juga menggunakan peta minda dalam pembentangan dalam kelas sebagai cara untuk
memudahkan pemahaman kepada pelajar terutamanya subjek-subjek yang mempunyai
banyak fakta-fakta penting seperti subjek Sejarah dan Pendidikan Islam.
MEMUDAHKAN UNTUK PEMBENTANGAN
Di samping itu, peta minda memberi kesan
kepada para pelajar dari segi kemudahan dalam melakukan sesuatu pembentangan
dalam pembelajaran di kelas. Hal ini kerana peta minda memberi satu gambaran
menyeluruh secara visual ketika membentang kepada rakan-rakan di kelas.
Malahan, rakan-rakan lain lebih mudah meningati apabila melihat peta minda yang
dibentangkan berbanding karangan-karangan panjang yang ditunjukkan. Sebagai
contohnya, saya sendiri sebagai seorang pelajar juga merasainya apabila
rakan-rakan di dalam kelas membentang menggunakan peta minda, saya lebih mudah
untuk mengingati fakta-fakta tersebut berbanding karangan-karangan yang
panjang. Oleh itu, peta minda memudahkan dan memberi kesan kepada para pelajar
untuk membentang sesuatu topik kepada rakan-rakan mereka.
No comments:
Post a Comment