ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR


PILIHAN SAYA ?



 

 Meniti arus globalisasi kini, masyarakat di seluruh dunia mempunyai kadar kemajuan yang tinggi dalam kehidupan untuk membina sesuatu yang kreatif, kritis dan inovasi. Dalam bidang pendidikan, pelbagai alat-alat berfikir yang menarik dan kreatif telah diperkenalkan bagi kegunaan para pendidik dan pelajar-pelajar. Antara alat berfikir yang diperkenalkan adalah peta minda, pemetaan i-think dan grafik. Alat-alat berfikir ini membawa fungsi-fungsi yang berbeza dan kegunaannya yang tersendiri apabila digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Oleh yang demikian, saya memilih untuk membincangkan berkenaan kebaikan-kebaikan dan kelemahan-kelemahan mengaplikasi alat berfikir iaitu peta minda terhadap proses pembelajaran saya. Hal ini kerana, peta minda mempunyai kelebihan-kelebihan yang lebih berkesan untuk digunakan dalam proses pembelajaran. Justeru itu, saya lebih cenderung dan lebih meminati untuk menggunakan peta minda dalam sesi pembelajaran saya.

No comments:

Post a Comment

أهلا وسهلا